Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien
'..Sebagai satu cara untuk memenuhi keperluan dan keselamatan ialah dengan membina Jambatan Penghubung Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong. Sekarang Jambatan ini telahpun digunakan sebagai kemudahan yang dinanti-nanti. ia tidak syak lagi merupakan 'lambang kemodenan' terunggul bagi Negara Brunei Darussalam. Menyebut mengenai 'lambang kemodenan' ini mengingatkan Beta kepada siapa yang telah kita nobatkan sebagai 'Arkitek Brunei Moden'. Lalu dengan ingatan ini telah memberi inspirasi kepada Beta untuk menamakan Jambatan ini dengan nama ''Jambatan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien."..' (Petikan Titah KDYMM Sempena Menyambut Hari Keputeraan Baginda Ke-74, 15 Julai 2020)
Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (R.I.P.A.H.S)
Jambatan R.I.P.A.H.S ini adalah jambatan 'cable-stayed bridge' yang pertama dibina di negara ini, berukuran 622 meter dan menghubungkan Sungai Kebun dan Jalan Residency. Penamaan jambatan ini adalah bersempena dengan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan dirasmikan pada 14 Oktober 2017 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Jambatan Pulau Muara Besar
Jambatan Pulau Muara Besar adalah sebuah projek di bawah Darussalam Enterprise (DARe) yang bertujuan untuk menyambung tanah besar (melalui Serasa) dan Pulau Muara Besar, dan adalah terhad kepada kakitangan yang dibenarkan sahaja dan tidak terbuka kepada orang ramai.
Jambatan Patih Berbai, Jambatan Laila Menchanai, Jambatan Padian dan Jambatan Paduan
Penamaan Jambatan di kawasan ini di ambil sempena nama-nama ristaan orang-orang tua, ketua kampung dan penghulu mukim di kawasan tersebut pada 2 Mei 2012. Menurut ristaan orang-orang tua dan maklumat daripada Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, sumber pekerjaan penduduk kampung ini ialah menangkap ikan (nelayan) dan menganyam. Nama-nama ini dipilih berdasarkan ekonomi, industri kraf tangan, permakanan, perhiasan, lanskap dan sejarah sekolah yang dibina di Kampung Lurong Sikuna.
Nama Jambatan
| Dasar Pemilihan Nama
|
Jambatan Patih Berbai
| Sempena nama pembesar Negara Brunei Darussalam pada zaman dahulu
|
Jambatan Laila Menchanai
| Mengambil sempena nama Sekolah Rendah Laila Menchanai yang dibina di lokasi berkenaan supaya nama tersebut tidak pupus
|
Jambatan Padian
| Sempena tempat berkenaan digunakan sebagai laluan padian untuk berniaga, pada zaman dahulu
|
Jambatan Paduan
| Mengambil sempena aktiviti-aktiviti kraftangan (iaitu tenunan) daripada daun di kawasan berkenaan pada zaman dahulu
|